Ciri-ciri fizikal Kongkang

Kongkang adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Mamalia. Dalam aturan, tergolong dalam keluarga Lorisidae. Kongkang adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.

Kongkang adalah sejenis binatang yang pemalu dan bentuknya menyerupai monyet kecuali di bahagian mata. Saiz matanya agak besar dan agak menakutkan. Biasanya kongkang menyorokkan diri di celah-celah rimbunan daun-daun. Kongkang tidak mempunyai keluarga yang ramai atau tidak bergerak dalam kumpulan yang ramai. Pergerakan di atas dahan juga agak perlahan. Matanya sedikit kemerahan.

Kongkang dewasa bersaiz antara 21 hingga 38 cm (8.3 hingga 15.0 in), bergantung kepada spesies, dan berat sehingga 2 kg (4.4 lb). Ekornya hanya kontot, dan kaki dan tangannya hampir sama panjang. Bulu kongkang yang pendek dan tebal boleh memiliki pelbagai warna, tetapi yang paling biasa adalah kelabu kemerah-merahan dengan bahagian bawah putih. Kongkang memiliki ibu jari yang bersetentangan maju, yang digunakan bagi mencekam dan mengenggam dahan, dan belakang yang amat lentur. Salur darah tersusun khas pada pergelangan tangan dan buku lali (rete mirabile) menghalang kekejangan otot dan membenarkan kongkang untuk mencekam untuk tempoh masa yang panjang. Mereka memiliki cakar berdandan pada satu kaki. Matanya luas dan mengarah kehadapan dan juga ke atas, dan penglihatan warna adalah minima. Telinga mereka kecil dan hampir tersorok dalam bulu. Kongkang biasanya lebih kuat berbanding slender loris, dan memiliki deria bau yang kuat.

Kongkang Kerdil betina (Nycticebus pygmaeus) berpaut pada lengan

Bentuk tempurung kongkang sebagaimana yang dijangka, menyerupai tempurung kepala suborder Strepsirhini/Prosimii. Sebagai contoh, kamar otaknya rendah dan berbentuk bujur; kedua-dua bahagian hadapan (""frontal lobe" mahupun belakang ("occipital lobe") banyak berkembang. Tambahan lagi, rekahan hadapan ("frontal suture" jelas kelihatan dan tulang lacrimal terletak di luar soket mata. Tabiat kongkang aktif malam ("nocturnal") menghasilkan mata yang agak besar. Kongkang memiliki postorbital closure, tetapi tidak memiliki "orbital closure" lengkap. Hubungan ruang spatial antara cecincin tympanic dan bulla pada kongkang dikelaskan sebagai bersambung di bahagian dalam. Tidak seperti sebahagian besar ahli kepada subordor Prosimii, kongkang tidak memiliki bulla yang kembung. Foramen magnumnya terletak di kedudukan lebih di belakang ("posterior position"). Bergerak ke dalam bahagian tengkorak ("cranium"), terdapat pemisahan antara dua mesial incisors yang menyerupai moist rhinarium yang terdapat pada Strepsirhinis. Ciri-ciri berbeza antara dua superkeluarga Lemuroidea dan Lorisoidea adalah hidung seperti paip, pendek kongkang. Akhir sekali, sebagaimana dijangka, splanchnocranium bagi N. coucang adalah pada tahap yang sama seperti neurocraniumnya.

Sama seperti bentuk tengkorak ("cranial"), bentuk gigi ("dental morphology" bagi kongkang adalah serupa dengan kumpulan Strepsirhines yang lain. Rahangnya berbentuk V dan tidak bercantum dan formula pergigian adalah 2.1.3.3 2.1.3.3 {\displaystyle {\tfrac {2.1.3.3}{2.1.3.3}}} . Sungguhpun memiliki jumlah gigi yang sama, gigi rahang atas "maxilla" mempunyai aturan yang agak berlainan berbanding yang pada bahagian rahang. Terdapat ruang antara kebanyakan gigi seri mesial dan ke empat-empat gigi serinya adalah amat kecil. Pada bahagian rahang, gigi seri dan taringnya adalah selari. Bentuk gigi taring menyerupai gig seri (incisiform). Sambungan melintang kesemua bentuk enam gigi ini membentuk sisir gigi. Kehadiran sisir gigi tersebut disebabkan oleh tiga bentuk kegunaan yang berbeza: diet, sosial, dan pertahanan. Akibat kehadiran gigi taring pada sisir gigi, P2 juga berubah bentuk dan menyerupai taring (kaniform). Kondilus mandibular bagi kongkang adalah hampir pada tahap yang serupa dengan permukaan gigi berpadu ("occlusal"), yang menyebabkan gigi belakang berpadu sebelum gigi hadapan.Kehadiran proses glenoid mengawal pergerakan rahang. Oleh kerana kongkang merupakan primate frugivoris, puncak giginya adalah rendah dan mulat, tidak tajam dan runcing.

Sifat semulajadi kongkang yang bergerak perlahan menggunakan keempat anggotanya membentuk anatomi tengkorak belakangnya ("postcranial "). Bergerak cara ini memerlukan badan yang melentur (kelenturan menegak dan pusingan tulang belakang) dengan gengaman kukuh. Pemanjangan vertebra lumbalis membantu membina badan kongkang yang mudah melentur. Tambahan lagi, selain itu scapulas terletak amat melintang ("laterally") dan lebar. Ini membantu N. coucang yang sering memanjat. Oleh kerana tiada pasangan anggotanya yang menguasai pergerakan, tangan dan kaki belakangnya adalah hampir sama panjang; indeks intermembralnya menghampiri 1.Dua ciri kongkang yang menonjol bagi kesemua kongkang adalah kaki dan tangannya. Tangannya memiliki telapak yang lebar dan keupayaan mencapah ("pollex") 180º berbanding jejari lain. Jari II menjadi amat berkurangan, dengan itu membenarkan genggaman yang lebih luas dan kuat. Tangannya ketiadaan jaringan antara jari ("interdigital webbing") antara jari III, IV, dan V, yang membenarkan jari melebar lebih luas. Kakinya sama dengan tangannya, kecuali hallux adalah lebih besar berbanding pollex. Pada kaki terdapat satu cakar; kesemua jari lain memiliki kuku. Keupayaan mengenggam ini membenarkan memanjat dan bergayut yang merupakan ciri-ciri pergerakan kongkang.

Rujukan

WikiPedia: Kongkang http://www.smh.com.au/environment/the-eyes-may-be-... http://www.americazoo.com/goto/index/mammals/91.ht... http://www.kingsnake.com/toxinology/loris/slow_lor... http://news.mongabay.com/2011/03/cute-umbrella-vid... http://lemur.duke.edu/animals/slowloris/ http://ecos.fws.gov/speciesProfile/profile/species... http://www.ajtmh.org/cgi/reprint/21/5/592.pdf http://www.commonlii.org/my/legis/consol_act/powla... http://www.internationalanimalrescue.org/how-slow-... //www.worldcat.org/issn/0002-9637